Meneroka Dunia Pascamoden Fiksyen Siberpunk

Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Dari sudut analisis pula, novel Neuromancer ini boleh dikatakan sebagai satu bentuk ramalan penulis tentang dunia moden yang amat terikat dengan ruang internet. Hal ini dikatakan demikian kerana Gibson telah mengarang novel tersebut sebelum era internet bermula. Gibson cuba membayangkan pembaca masalah yang timbul jika teknologi internet ini tercipta, terutamanya berkaitan pembinaan ruang siber (Matrix). Meskipun, mendatangkan kebaikan, ruang siber ini telah mengundang masalah berkaitan kes pencurian pelbagai data oleh penggodam. Sedar ataupun tidak, masalah ini sedang dihadapi oleh masyarakat moden kini. Satu lagi pemikiran yang diangkat oleh Gibson berkaitan pengasingan melibatkan pengasingan sosial dan emosi antara satu sama lain. Novel ini terhad kerana membicarakan hal-hal hubungan peribadi antara manusia, tetapi memperlihatkan jarak yang makin terhasil lantaran daripada kemajuan teknologi. Manusia terlalu terikat dengan komputer dan internet hingga mengabaikan masyarakat di sekelilingnya. Hubungan Case dan Molly hanya wujud atas dasar kehendak fizikal dan bukannya emosi. Manusia secara drastik berubah menjadi robot tanpa jiwa raga.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *