Janji Annisa Episod 2: Merentasi Beit El

Oleh: Arifah Othman

Aku berpaling apabila terdengar Sarah seakan-akan bertengkar dengan si pegawai yang menyoalnya. Segera aku mendekati Sarah sejurus selepas lelaki itu bergerak menuju ke pos kawalannya dan menghubungi seseorang di telefon.

“Ada masalah untuk masuk ke Ramallah?” aku bertanya.

“Mereka masih berbincang. Katanya sekarang gencatan senjata sedang diarahkan di Ramallah tetapi situasi masih dalam keadaan tidak menentu. Mereka seperti tidak mahu rakyat Israel memasuki Ramallah pada ketika ini. Lelaki tadi masih memegang kad pengenalanku dan kad pelajarmu,” kata Sarah.

Aku menghela nafas panjang. Matahari kian terik. Peluh kian menitik. Jam sudah menginjak ke pukul 11.30 pagi. Perjalanan yang sepatutnya hanya dua jam kini memakan masa tiga jam.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *