Orang Kaya Kota Raya

Oleh: Alang Budiman

“Nah! Ambillah,” seorang wanita berbaju kurung menghulur sekeping kertas berwarna hijau kepadanya.

Dia membalas pemberian itu dengan senyuman. Lipatan wang bernilai RM5 itu dibuka dan ditalakan ke arah matahari. Diusapnya wang itu perlahan sambil ketawa. Ah! Telatahnya membuatkan aku turut tertawa.

Peluh di dahinya mulai kering. Alunan muzik jalanan dan angin kota raya yang tidak sesegar mana cukup membuatkan dia tenang. Dia bangun lalu mengatur langkah ke laluan pejalan kaki.

Tiba-tiba langkahnya terhenti tepat di hadapan seorang nenek tua yang leka menadah tangan, meraih simpati manusia yang lalu-lalang. Dia memerhatikan wajah nenek tua itu sejenak. Sekuntum senyuman terbit dari bibirnya. Nenek tua itu membalas senyumannya dengan pandangan penuh curiga.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *