Cinderella Tuha

Oleh: Insan Yalin

Hari ini, hati saya menjadi malas untuk meladeni masalah orang tambahan lagi Mak Temah yang bukan siapa-siapa pun buat saya. Saya juga ada masalah saya sendiri untuk diselesaikan. Kepala dan otak saya berserabut. Hari ini bagaikan tiada cahaya. Cuaca pun bersetuju. Mendung.

Saya pandang Mak Temah. Wajah Mak Temah beria-ia mahu saya mendengar masalahnya. Matanya seolah-olah merayu agar saya meladeni masalahnya. Ooo … maaf Mak Temah. Hari ini saya tidak menjalankan perkhidmatan untuk mendengar. Hari ini saya cuti. Walau beribu-ribu kasih sayang Mak Temah ingin membayar saya sebagai upah, saya minta maaf. Saya juga berdepan masalah kerana saya juga manusia ciptaan Allah!

Mata Mak Temah mula berair melihat saya tidak menghiraukannya. Sebagai orang yang sangat berpengalaman dalam hidup sudah tentu dia dapat membaca gerak-geri saya yang acuh tidak acuh itu. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Saya tersentap. Saya mula membayangkan emak saya. Jika emak saya yang menangis tika itu, berdosalah saya sebesar-besarnya!

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *