Kerja Tangan Ridhwan Saidi, 2008-2017

Oleh: Ridhwan Saidi

Selepas bergelumang dengan prosa dan novel saya fikir saya ingin meneroka sisi puisi pula kerana apabila difikirkan kembali, apalah gunanya melibatkan diri dalam sastera jika tidak melibatkan diri dengan puisi. Maka saya mula membaca puisi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Saya mula menghasilkan siri zine sajak yang akhirnya dibukukan dalam kompilasi puisi pertama saya, Holokos terbit pada April 2016. Holokos, seperti yang tertera pada kulit hadapan merupakan gurisan sajak dan pantun grotes. Puisi menyedarkan dan mendekatkan saya dengan medium dan emosi bahasa yang saya guna, dalam konteks ini bahasa Melayu. Saya cuba meneroka sisi-sisi doa masa lalu dan bisikan masa depan. Menerusi kata-kata waktu menjadi satu.

Bermula akhir 2016, siri litzin Kerja Tangan yang menghimpunkan esei, cerpen, puisi dan wawancara penulis serta penggiat seni (yang dijadikan kulit hadapan) dimulakan. Sehingga esei ini ditulis, Kerja Tangan sudah memasuki isu ke-11 dan telah menampilkan Nabila Najwa (spoken words), Saat Omar (novelis), Mohd Azmen (cerpenis), Jack Malik (penyajak), Bebbra Mailin (pembikin filem), Hasrul Rizwan (novelis), Alvin Lau (fotografi), Fazleena Hishamuddin (aktivis seni), Gazali Ramli (pelawak tunggal), Wan Nor Azriq (kritikus dan novelis) dan Adinata Gus (penyajak). Kerja Tangan melatih kemahiran editorial saya untuk menyunting dan menjadikan setiap isu koheren dari segi isi dan emosi.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *