Antara Cerita dengan Suara Pengarang

Oleh: S.M. Zakir

Suara pengarang juga boleh bersembunyi dalam percakapan watak utama sebuah cerita konvensi dan melahirkan kesan dramatik yang lembut. Hal yang demikian dapat dilihat dalam cerpen “Rumah Nikmat” oleh MK Riza. Cerita bergerak dengan percakapan watak utama, iaitu Nikmat dengan abah yang telah tiada. Dalam kata lain percakapan ini lebih kepada kenangan Nikmat terhadap bagaimana abah walaupun miskin dan serba kekurangan membina keluarga yang sempurna akal dan hati, kasih sayang dan pegangan agama.
Tetapi Nikmat yang mengecapi kejayaan dan menjadi orang yang berjaya memberikan kehidupan mewah kepada isteri, anak menantu dan cucunya gagal mendidik hati anak cucunya. Mereka hidup sendiri-sendiri dan tiada ikatan kasih sayang serta tanggungjawab sebagaimana abah dan ibu bina. Keluarga Nikmat porak-peranda, buktinya isteri Nikmat sanggup keluar rumah malam hari semahu-mahunya walaupun ketika Nikmat sakit dan tidak mampu bergerak. Anak-anak Nikmat juga tidak mempedulikan Nikmat. Kekayaan dan kemewahan yang diberikan Nikmat membuatkan anak isterinya melupakan Nikmat. Sedang abah yang hidup dalam serba kekurangan berjaya membuatkan keluarga mereka utuh dengan kasih sayang.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *