Ragang Avatar Versi Melayu

Oleh: Noor Hafedah Jamiyil

Jika dalam filem Avatar, Eywa diwujudkan secara lebih dominan. Eywa ialah Tuhan atau Dewi Ibu bagi etnik Na’vi dan bertanggungjawab mempertahankan keseimbangan semua kehidupan. Dalam Ragang, Eywa hanyalah watak selingan penghubung antara masa kini dengan masa lampau, iaitu sekadar seorang pencerita kisah silam etniknya.

Ragang juga mengangkat etnik Sawariki sebagai satu etnik yang dicipta dalam bentuk yang tersendiri. Struktur tubuh etnik Sawariki dilihat sedikit membongkok dan kaki yang membengkok seumpama struktur tubuh seekor beruk. Walaupun demikian, ciri-ciri ini hanya terlihat sekali-sekala sahaja sepanjang pementasan. Selain itu, etnik Sawariki juga mengeluarkan bunyi seumpama serigala yang menyalak.  Apabila sedang marah atau tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, etnik ini akan mendesis sebagai menyatakan perasaan mereka. Dalam Avatar, etnik Na’vi ditonjolkan dengan ciri-ciri khusus, iaitu berketinggian 10 kaki, berkulit biru dan mempunyai wajah seakan-akan haiwan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *