Dokumen Sosiobudaya dalam Karya Sastera

Oleh: Ruzaini Awang

Tidak kurang hebatnya karya sastera seperti novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang diterbitkan pada tahun 1979. Karya ini juga berjaya mengungkap kepupusan seni tradisi apabila seni lipur lara ketika kehidupan zaman pendudukan British dan Jepun mulai digugah. Tukang cerita ialah bukti yang menunjukkan bahawa sudah wujud kehidupan berhibur masyarakat Melayu sewaktu zaman Perang Dunia Kedua lagi. Dokumen sejarah sosiobudaya juga membuktikan bahawa objek radio menjadi ikon kemajuan masyarakat pada zaman itu yang memerangkap bakat dan  kebolehan Pak Hassan sebagai seorang penglipur lara dalam novel tersebut. Maka, wajar untuk dikatakan bahawa pengaplikasian ini berjaya menunjukkan gambaran sosiobudaya negara secara jelas kepada kita setelah diaplikasi ke dalam karya sastera. Hal ini bertepatan dengan pendapat berikut, iaitu sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat yang dijadikan renungan dan pengamatan pengarangnya, serta diterjemahkan secara halus dan berhemah (Arba’ie, 2008:2).

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *