Sekolah Beruk

Oleh: Akif Jebat

“Perubahan! Kemajuan! Kemodenan! Perubahan! Kemajuan! Kemodenan!”

Kata-kata itu terus berkumandang sehingga ke larut malam dan terus berkumandang sehingga terbit kembali mentari untuk hari yang baru. Hari esok yang disebut oleh Apai tentang perubahan itu kini tiba. Hari yang dinanti-nanti oleh segenap makhluk yang bernama beruk itu kini tiba.

Apai tiba pada hari yang dinanti-nanti oleh segenap beruk di kawasan itu dengan disambut oleh sorakan yang riuh-rendah. Suasana gegak-gempita oleh pelbagai laungan kata-kata oleh segenap beruk yang menantikan ketibaan Apai.

“Wira kita sudah tiba!”

“Wira yang membawa perubahan!”

“Wira yang membawa kemajuan!”

“Wira yang membawa kemodenan!”

“Hidup Apai!”

“Apai sang beruk pemodenan!”

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *