Motivasi Diri Melalui Watak

Oleh: Ridzuan Kamis

Novel remaja ini menampilkan satu sisi kelainan kerana menyisipkan elemen puisi seperti pantun, syair dan sajak. Puisi tersebut sama ada dipetik daripada himpunan puisi tradisional atau ciptaan baharu penulis. Pantun di bawah merupakan salah satu pantun yang diselitkan dalam novel ini. Sisipan pantun dilihat sebagai satu usaha tarikan kepada remaja untuk mencintai pantun yang ternyata unik, menarik dan tinggi estetik bahasanya.

Bunga dedap di atas para,

                        Anak dusun pasang pelita;

            Kalau tersilap tutur bicara,

                        Jemari disusun maaf dipinta.

 

(Siti Sara Hassan, 2017: 166)

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *