Mengejar Bahagia

Oleh: Nur Farina Mohammad Arip

“Abang dah gila?” suara ibu memarahi ayah.

Amukkan ayah terus terhenti. Ayah memandang Raqib dengan mata yang penuh kebencian. Ayah lalu melangkah kasar, keluar menuruni tangga. Sejurus kemudian, terdengar bunyi enjin kereta ayah dihidupkan meninggalkan banglo mewah mereka.

Raqib terus rebah ke lantai. Ibu duduk lalu mengusap-usap bahunya. Raqib menangis. Terasa dirinya kalah walaupun dia anak jantan sulung dalam keluarga.

Raqib tahu, ibu tidak mampu menghalang perlakuan ayah. Namun, ibu tidak pernah jemu menyokong minatnya. Ibu juga sentiasa memberikan semangat kepada dirinya. Ibu berharap dia akan mampu memartabatkan seni lukis tanah air agar tidak luput dek zaman.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *