Lagu-lagu Musim Rusuh

Oleh: Noriha

Abah juga menghabiskan sisa teh limau kosong yang sudah sejuk dalam cawan. Abah kemudian bergerak menghampiri kami yang sudah selamat di atas buaian panjang. Saya lihat wajah abah berseri-seri. Hati abah bahagia barangkali. Ah! Kenapa ketika bersama-sama mak cik baharu sahaja abah sudi mempamerkan hatinya yang bahagia? Bukan ketika bersama-sama ibu?
Ketika saya dan Musa galak berlari mengejar kupu-kupu, abah dan mak cik baharu sudah beredar ke bangku di sebelah buaian. Mereka sepertinya membincangkan sesuatu yang serius. Saya jadi ralat dan sedih bila tangan abah menggenggam tangan mak cik baharu, seolah-olah sedang memujuk gadis yang patah hati.
Kenapa abah tidak menggenggam tangan ibu seperti itu tatkala ibu menangis pada malam-malam gundah ibu dulu? Ketika musim hati ibu sering melagukan lagu sendu dan kecewa dulu?

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *