Simbol dan Alegori dalam Cerpen

Oleh: S.M. Zakir

Cerpen “Wau Pak Ya” oleh Soraya Salim kembali kepada bentuk simbolisme. Dalam cerpen ini kesenian membuat wau dihubungkan dengan simbol ibadah, yakni setiap hasil kesenian dipadankan dengan perbuatan beribadah khususnya mendekati al-Quran. Dengan cara itu kesenian tidak terpesong ke jalan yang salah. Lantaran itu, Pak Ya mensyaratkan Aku menghafal setiap satu surah al-Quran bagi setiap satu pelajaran membuat wau. Pak Ya tidak mahu anggapan bahawa membuat wau ini hanya sekadar kerja untuk berhibur atau main-main.

Dalam pada itu, Pak Ya dilihat mahu menghapuskan kepercayaan dalam kesenian tradisi yang mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam. Malah, Pak Ya mahukan kerja-kerja kesenian ini dilakukan dengan keimanan dalam dada. Ternyata Pak Ya mengejar pahala ibadah dalam perjuangannya menyuburkan seni budaya. Usaha cerpen ini untuk mengangkat kerja membuat wau atau kerja kesenian yang dihubungkan dengan ibadah merupakan suatu yang unik dan menarik.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *