Teater Tiang Seri Tegak Berlima di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Oleh: Firdhaus Hassan

Sebagai penonton, beberapa babak dalam pementasan ini dilihat berjaya meninggalkan kesan. Babak tersebut termasuklah ketika suami Mek Bongsu mengintai anak gadis mandi di sungai. Bergema suara latar yang menuturkan dialog berbunyi:

“Kalaulah setiap dosa manusia dibalas ketika di dunia lagi, tentu tiada siapa yang berani melanggar hukum Allah SWT”.

Adegan diteruskan dengan babak keranda diusung masuk oleh lelaki berpakaian putih diselang-seli dengan lolongan suara manusia dan bacaan talkin. Adegan ini benar-benar menakutkan.

Secara tidak langsung, adegan ini mengajak penonton berfikir berkenaan pembalasan, syurga dan neraka. Namun, benar bahawa alam ghaib seperti syurga dan neraka mustahil dibayangkan dengan tepat. Hamka dalam bukunya, Falsafah Hidup (1964) menyebut,

“Akal selalu menimbang di antara baik dengan buruk, lalu memilih mana yang baik. Sedang hawa atau nafsu, yang jahat itulah yang dipilihnya. Akal selalu mengikat dan menahan, sedang hawa nafsu selalu lepas sahaja. Akal membatas kemerdekaan, hawa nafsu merdeka dalam setiap perkara”.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *