Gundik dalam Teks Kesusasteraan Melayu

Oleh: Wan Roshazli Wan Razali

Penganugerahan Tun Iram Sendari kepada Tun Biajid melalui penelitian yang lain, Tun Iram Sendari nampaknya seperti telah diperalatkan dalam percaturan politik kaum lelaki dan peranannya sama seperti Tun Kudu, tetapi jika dilihat dari sudut positif ternyata Tun Iram Sendari merupakan tenaga penentu yang telah mendamaikan pihak yang bertelagah (Abdul Rahman, 2008:77). Penganugerahan Tun Iram Sendari merupakan satu usaha memujuk Tun Biajid kembali berkhidmat kepada baginda. Jika ditinjau dari sudut pandangan pembaca biarpun Tun Biajid mendendami Sultan Mahmud Syah, beliau tetap menikahi Tun Iram Sendari kerana anugerah raja dianggap sebagai suatu penghormatan dan dianggap mulia, dan kedudukan seseorang itu akan dipandang tinggi sekiranya memiliki gundik yang dianugerahkan oleh raja apatah lagi gundik tersebut pernah menjadi isteri raja

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *