Dam Aji Pak Murad

Oleh: Adli Razin

“Ada hati nak lawan dam aji dengan Pak Murad. Kita yang sudah jadikan warung ini padang permainan pun tak pernah berani bertarung dengan dia. Bodoh agaknya,” kata mereka sambil mentertawakan aku. Mereka kemudiannya memesan tiga cawan kopi panas dan menjamah kuih yang tersedia di atas meja.

Apa? Salahkah aku berada di meja ini bersama-sama Pak Murad? Lagipun bukan aku yang ingin bermain dam aji ini. Kenapa pula mereka tak berani bertarung dengan pakcik tua yang kumisnya beruban ini?

“Hati-hati! Pak Murad tu licik. Tengok mukanya saja sudah sama karat dengan papan dam itu. Hahaha!” celah seorang lagi pemuda sambil mengunyah. Sudahlah mulut penuh makanan, ada hati pula memperkecil orang lain. Tiada hormat langsung!

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *