Lingkaran Takdir

Oleh: Diq Na

Batrisya. Nama itu seakan-akan menarik semula jaluran ingatan Jamilah. Empunya nama  serasanya pernah meniti di ulas bibir suatu ketika dahulu. Siapakah Batrisya yang seorang lagi itu? Yang pernah wujud dalam kehidupan masa lampau dahulu. Dia ingat-ingat lupa. Mungkin kerana faktor usia.

“Najwa nak jadi peguam. Boleh tolong orang.”

“Kalau macam tu Risya pun nak jadi peguam jugalah. Nanti kita boleh sama-sama tolong orang yang tak bersalah.”

Ya. Itulah Batrisya yang seorang lagi. Anak asuhannya. Baru Jamilah teringat. Kudup-kudup rindu muncul. Di manakah gadis ini sekarang?

Nurul Najwa dan Batrisya sebaya. Tercapaikah cita-citanya untuk bergelar seorang peguam?

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *