Kembali kepada Sejarah, Agama dan Tamadun

Oleh: Chua Pei Yong

Kemuncak perbalahan antara Ummu Salamah dengan Ustaz Zaki ialah apabila Ustaz Zaki merancang menjual tanah masjid kepada syarikat pemaju yang ingin membina sebuah pusat beli-belah. Ustaz Zali digula-gulakan oleh syarikat pemaju yang berjanji akan menjadikan tingkat atas bangunan sebagai masjid. Ustaz Zaki turut dijanjikan mendapat habuan sekiranya berjaya memujuk AJK Masjid an-Nur menandatangani kontrak jual beli tanah tersebut.

Pertemuan antara Ustaz Zaki dengan AJK Masjid an-Nur seterusnya menyaksikan sokongan yang diberikan oleh nazir masjid, Haji Salleh. Surat persetujuan turut ditandatangani. Namun, Ummu Salamah yang mengetahui hal ini menentang habis-habisan tindakan tersebut. Tindakan wanita ini turut mendapat sokongan ibu mentuanya, Ustaz Nazim dan Hajah Azilah. Lalu, berjayakah mereka mempertahankan tanah masjid daripada dijual?

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 5 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *