Puisi ialah Lelaki

Oleh: Wafa Awla

Ada sesuatu yang misteri dalamnya. Saya seolah-olah baru menjumpai sebuah dunia yang sepi dan terasing tetapi begitu indah. Saya pun mula membeli sebanyak mungkin buku puisi buat mengubati saya yang patah hati. Semakin saya telusuri baris demi baris, seperti saya merasakan saya sedang bercakap dengan seseorang lain yang begitu memahami seluruh perasaan, hati, dan rahsia yang dalam-dalam saya sembunyikan. Duhai, siapakah yang berada dalam sajak ini dan menjahit hati saya yang terkoyak?

Malam sudah tidak lagi muda. Perlahan-lahan, kelopak mata saya mencantum belahan. Saya masih memegang kumpulan puisi lama A. Samad Said yang begitu samar-samar menjelma di hujung kantuk semakin berbisa.

Burung yang terbang saban senja

Berlegar manja di langit sepi

Mendorongku untuk bertanya;

Pernahkah ia merasa sunyi?

Saya tertidur.

Drakk, drakk, drakk!

“Saya rasa kaki meja kamu ini sudah tidak kuat. Setiap kali saya duduk, ia akan berbunyi.”

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *