Suka Duka Aishah Madadiy Sebagai Penulis

Oleh: Aishah Madadiy

Sepanjang lima tahun bergelar penulis, terlalu banyak perkara manis yang berlaku dalam hidup saya. Antara yang paling saya ingat tentulah pengalaman kali pertama ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 sebagai seorang penulis yang diraikan oleh syarikat penerbitan. Pembaca yang mengunjungi gerai jualan pula meminta saya menandatangani halaman buku mereka.
Malah, ada pembaca yang meraikan saya ketika berada di luar negara. Contohnya sewaktu saya berkunjung ke Durham, England, saya disambut mesra oleh pelajar Malaysia di sana dan diundang ke rumah Puan Zarina Baharudin Zamani yang ketika itu masih dalam pengajian ijazah falsafah untuk makan malam dan berbual tentang penulisan. Perasaan terharu saya ketika itu tidak dapat digambarkan. Kenangan itu masih lagi kekal dalam ingatan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *