Festival Monolog 2017: Tradisi Menentang Kemodenan

Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid

“Lokan Bertepuk” merupakan karya yang mewakili apa jua bentuk teater atau permainan tradisional yang seharusnya mempunyai tempat untuk diangkat sebagai titih dan waris yang berterusan oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana. Hal ini demikian kerana, teater dan permainan tradisional ini merupakan akar bangsa yang membentuk tradisi dan perlu dipelihara supaya setiap generasi mampu mengenali titih budaya, titih warisan nenek moyang dan asal usul yang membentuk jati diri.

Dari sudut lakonan, walaupun masih dalam tahun satu pengajian, Muhammad Abrar Md Asraf telah memperlihatkan kemampuan lakonan yang luar biasa. Lakonan ditonjolkan dengan bersungguh hati, lahir dari lubuk hati, dikerjakan dengan sepenuh perasaan dan pemikiran serta berakar daripada watak-watak yang besar. Bentuk lakonan, aksi dan dialog dibantu oleh perwatakan yang kuat. Tidak dinafikan hal ini berikutan kekuatan skrip yang ditulis Seni Bayan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *