Janji Annisa Episod 4: Siapa Kamu Sebenarnya?

Oleh: Arifah Othman

“Tangkap Yahudi itu! Kita bunuh saja Yahudi laknatullah!” mereka berteriak ke arah rumah Ummi yang bertutup rapat. Mataku berpinar. Kepalaku terasa berat. Apakah mereka sudah tahu?

“Ada apa kalian semua berkumpul di sini?” Darwish bertanya.

Kelihatan seorang pemuda lewat usia 30-an mendekati Darwish. Wajahnya nampak marah benar.

“Darwish, berkata benarlah! Sesungguhnya kami mahukan kepastian! Adakah benar seorang Yahudi sedang bersembunyi di dalam rumah ini?” lelaki itu bertanya kepada Darwish sambil matanya memandang ke arah van kami.

“Aku pasti kalian semua sudah salah rumah. Tiada Yahudi di sini. Sekarang tolong beredar saudaraku semua. Kehadiran kalian hanya membuatkan orang sekeliling berasa takut!” balas Darwish.

“Jadi ini siapa? Bukankah perempuan ini sedang bersembunyi di rumah kamu?” pemuda itu seakan-akan menunjukkan sesuatu. Suaranya kian meninggi.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 6 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *