Suara-suara Terpinggir dari Perspektif Subaltern

Oleh: Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali dan Madiawati Mamat

Golongan terpinggir masih belum dapat diterima dengan baik oleh masyarakat lain. Masalah ini berlaku disebabkan faktor latar belakang, perbezaan adat, budaya, serta pegangan dan sebagainya. Oleh itu, mereka kurang bergaul dengan anak-anak muda atau masyarakat lain. Keadaan ini bertambah serius apabila mereka berada di tempat baharu yang asing bagi mereka. Hal ini ditonjolkan melalui watak Bahlut dan Kabut yang menghadapi kesukaran untuk hidup di bandar, iaitu di Kuala Lumpur. Misalnya di sekolah, Bahlut sering dihina dan dipandang rendah oleh Razak yang menganggap orang asli sebagai masyarakat yang dangkal dan lemah. Namun begitu, Faisal Tehrani telah mengubah sikap, pemikiran dan kelakuan pada diri Bahlut. Bahlut digambarkan mempunyai sikap dan sifat yang berlawanan dengan anak-anak orang asli biasa yang lazimnya bersikap pemalu, pesimis dan penakut.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *