Lelaki Perpustakaan

Oleh: Abdullah Hussaini

Pada satu petang, ketika makan di kedai mamak, aku tanyakan pada seorang kawan tentang lelaki itu.

“Dia memang pelik sikit, Wan. Orangnya tak banyak cakap dan jarang senyum. Tapi kaki masjid tu. Aku dengar, dia tu duda dan baru bercerai beberapa tahun lepas. Waktu malam dia selalu pakai baju Melayu lengkap bersampin kalau dia pergi masjid,” kata Akmal, kawanku yang menyewa selang beberapa rumah jaraknya dari rumah Razman Kahiri.

“Memang pelik tu,” balasku.

“Bukan itu saja, Wan. Aku pernah nampak, pada suatu malam, bulan terang dan cuaca cantik. Dia panjat bumbung rumah dan berbaring di atas atap,” kata Akmal lagi.

“Dia buat apa?” tanyaku hairan.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017.

  • Share/Bookmark

One thought on “Lelaki Perpustakaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *