Pokok Kelapa Emak

Oleh: Nina Susana

“Ya. Emak tahu, anak mak bukan memilih,” suara emak mendatar. Angin petang menjadi saksi penting perbualan kami petang itu.
Emak bijak bermain dengan tanah. Selain pokok kelapa, halaman belakang rumah emak juga dipenuhi dengan pokok manggis, mangga, rambutan, belimbing buluh dan pisang. Setiap inci tanah yang ada, emak manfaatkan sebaik-baiknya. Hasil tangan emak bukan sahaja dinikmati untuk kegunaan kami sekeluarga. Ada yang dijual. Banyak juga yang emak sedekahkan kepada jiran tetangga. Berbudi pada tanah, rezeki datang, pahala pun bertambah. Itu yang selalu emak cakap. Petang itu, emak sempat menebang sebatang pokok pisang lalu menyisir buahnya untuk diagihkan kepada jiran tetangga.
“Emak masih menunggu Encik Proton itu, Na! Baik, sopan santun!”

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *