Terus Mencipta Lagu-lagu Hidup

Oleh: Noriha

Kegemaran membaca yang menggebu-gebu akhirnya mencambahkan satu minat baharu, iaitu menulis. Saya pernah menulis sebuah manuskrip novel sepanjang lebih 400 muka surat yang akhirnya ditolak oleh penerbit. Sebagai penulis yang langsung tiada tapak pada ketika itu, saya menerima penolakan tersebut dengan perasaan kecewa. Namun, rasa kecewa itu tidak lama kerana saya mula menulis cerita baharu dengan bahasa yang lebih segar. Setahun berikutnya, lahirlah novel remaja pertama berjudul Alya Tufah Begitu Begini di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna. Terima kasih kepada Puan Noor Suraya dan suami, pemilik syarikat penerbitan ini kerana mempercayai bakat saya lalu menerima manuskrip ini untuk diterbitkan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *