Janji Annisa Episod 5: Lukisan Jiwa Na’imah

Oleh: Arifah Othman

“Bapanya seorang peniaga di kampung ini. Setahun yang lalu, tentera Israel menuduh bapanya terlibat dalam merancang pemberontakan di sempadan. Dia diburu dan diculik di rumahnya sendiri. Keluarganya hanya mampu melihat bapanya dibawa pergi. Hanya selepas tiga minggu tanpa berita, keluarganya dimaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia di penjara Haifa,” cerita Aesya panjang lebar.
Aku mendengar sayu sambil mataku memerhatikan anak kecil bernama Na’imah itu. Adakah kebanyakan anak ini mempunyai kisah hidup yang sama seperti dia? Seketika kemudian, Na’imah kembali menemuiku bersama-sama seorang rakannya bernama Aisyah.
“Ukhti Annisa, orang yang baik akan masuk syurga, bukan?” tanya Na’imah.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *