Membentuk Naratif dalam Cerpen

Oleh: S.M. Zakir

Sebenarnya, cerpen ini tidak menemui cara yang paling baik untuk menyusun ceritanya untuk menjadi suatu cerita yang boleh menampakkan kelainan dan mempunyai makna yang lebih berkesan daripada sebuah cerita yang tidak kesampaian maksud dan terkurung dalam tipikal yang sudah dijangka oleh pembaca. Permainan dam aji yang cuba diangkat sebagai “peristiwa” tidak dapat memunculkan sebarang kesan dramatik, selain daripada perbualan kasar yang mencemuh secara membuta tuli dan tidak mengajarkan apa-apa sebenarnya.

Seharusnya, peristiwa permainan dam aji ini disusun dengan penuh dramatik bersama-sama penggunaan bahasa yang penuh stail dan gaya. Kegagalan cerpen ini terlihat daripada kegagalannya mengatur peristiwa untuk menimbulkan kesan dramatik dalam permainan dam aji ini. Cerpen ini akhirnya hanya mampu bergerak dalam susunan formal penceritaan yang memberikan cerita tipikal tentang “Aku” yang berada dalam jangkauan dan jangkaan pembaca tanpa apa-apa keluarbiasaan untuk menghadirkan sebuah naratif kesusasteraan.

Ulasan cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *