Cerpen-cerpen Magis Menggiurkan

Oleh: Ted Mahsun

Cerpen “Fiksi Buat Marquez” yang menjadi judul koleksi ini merupakan cerpen terbaik dalam antologi ini. Ruhaini menulisnya dengan gaya pandangan diri kedua. Yang lebih ketara, cerpen ini merupakan sebuah surat cinta Ruhaini kepada idolanya, iaitu Marquez, sang penulis. Gaya penulisan, gaya penceritaan, dan susunan plot yang tidak selari menyerlahkan bahawa cerpen ini diilham daripada Marquez. Mujurlah Ruhaini dapat mengelak daripada ditelan oleh perangkap parodi, lalu berjaya menulis sebuah cerpen yang sangat elok dan seronok dibaca, walaupun sangat sukar dihayati dalam bacaan pertama atau sekiranya dibaca secara santai.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *