Gelora dalam Pinangan

Oleh: Suri Liu

Watak Roes yang mudah marah, gagal mengawal emosi dan suka mengeluarkan kata-kata kesat pula merupakan kritikan Anton terhadap golongan sebegini yang mendahulukan bibir daripada akalnya. Roes gagal mengenal pasti niat Said dalam kunjungan pertama pemuda itu. Roes sekali lagi gagal mendengar hasrat Said dalam kunjungan yang kedua. Hanya dalam kunjungan ketiga, baru Roes dapat mendengar seterusnya menerima pinangan Said. Roes seharusnya berterima kasih atas kesungguhan Said yang tetap berusaha untuk meminang gadis cantik itu. Malangnya, Roes sekali lagi mengundang perbalahan apabila ukuran kasih sayang pula yang diperdebatkan.

Perbalahan demi perbalahan yang diwujudkan Roes menimbulkan reaksi yang menjengkelkan penonton. Saat ini, kecantikan seseorang “hilang” apabila budi dan bahasanya tidak seindah wajahnya. Apalah erti wajah yang cantik jika perilaku tidak sopan. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 7 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *