Paradoks: Satu Bacaan Minda Tertawan

Oleh: Syahidatul Munirah Badrul Munir

Sebagai seorang yang benar-benar berkecimpung dalam bidang siasah, Affifudin bijak merangkumkan kisah nepotisme, isteri golongan teknokrat yang hidup begitu mewah tanpa mempedulikan rumah tangga, skandal seks para pemimpin serta rasuah yang berleluasa dalam politik dan pemilihan jawatan utama negara. Susunan plot, terma politik, kelancaran cerita dan ilmu bantu dalam Paradoks membawa pembaca untuk menyelami dan memahami dunia politik, juga ketirisan sahsiah yang berlaku dalam negara tanpa rasa dipaksa atau berasa kisahnya direka-reka. Pembaca juga dapat mengetahui dan memahami sumber kekayaan golongan teknokrat, tidak seperti menonton atau membaca sesetengah karya popular yang pembinaan wataknya yang terlalu kaya, tidak logik dan tidak ketahuan punca.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *