Kembara Jati Diri di Sungai Batu

Oleh: Saiful Ghazali

Benarlah seperti yang diperkatakan Graham Wallah (1858-1932) melalui pengenalannya terhadap empat tahap dalam proses kreatif. Saya melalui peringkat pertama (Proses Persediaan) ketika dihenyak oleh persoalan-persoalan yang mendesak kepada proses pengumpulan bahan (pembacaan, perdebatan dan kajian luar), yang akhirnya memecahkan kantung ilham untuk menulis rangkap pertama di Sungai Batu. Kemudian, saya melalui proses kedua (Proses Pengeraman) kerana sajak tersebut mengambil masa sebulan untuk saya sudahkan. Ketika tahap ini, saya tinggalkan dahulu sajak yang ditulis itu tanpa membuat sebarang penambahan terhadapnya. Namun begitu, dalam tempoh sebulan itu, saya sering berfikir dan kerap membuat carian di internet tenang penemuan dan penjelasan para ilmuwan terhadap Sungai Batu.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *