Sekeping Kenangan Berbingkai Rindu

Oleh: Nizam Idris

Adilah terpaku menginsafi diri tatkala melihat tengkorak mangsa kekejaman perang memenuhi segenap ruang di Medan Pembunuhan Khmer Rouge. Air mata sudah tidak tertahan lagi daripada mengalir di pipi.

“Tidak menyesal datang ke mari?” tanya Lukman sekembalinya mereka ke dada pantai Mui Nee.

Dia diam. Cuba mencari jawapan dalam pasir merah pantai yang menghampar luas di hadapan matanya. Masih lagi dia tertanya-tanya, bagaimana dia dengan berani memutuskan untuk ke berjalan ke hadapan, bukannya berundur ke belakang semasa hati berbolak-balik di KLIA 2.

Rupa-rupanya, jawapan itu ditemukan di sini. Ketika kembaranya sudah tiba di titik akhir.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *