Mimpi Akram

Oleh: Jierah M. Nasir

Kakinya diangkat perlahan-lahan. Tangannya didepakan. Tubuhnya diringankan. Akram akhirnya tidak lagi menapak di dunia itu. Dalam keadaan terawang-awang, dia memfokuskan matanya ke suatu arah. Dia cuba mencipta taman yang indah di hadapannya. Kemungkinan rasa berdebar dan terlalu seronok, dia mula berasa tidak selesa. Tubuh kurusnya tiba-tiba terasa dingin. Akram panik. Ada butir-butir putih halus yang turun dari langit. Salji! Salji turun ke dunia ciptaannya dengan sekelip mata. Turun tanpa tanda. Pokok-pokok di sekitarnya mula membeku dengan cepatnya umpama dalam ketakutan. Aneh. Bukankah ini mimpi yang dikawal?

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *