Ijazah Buat Abah

Oleh: Alang Budiman

Sepanjang perjalanan itu, sunyi mengunci suasana. Hanya kicauan burung bermain di cuping telinga. Sementara angin bertiup lembut menyapa tubuh. Daun-daun kekeringan berserakan di serata jalan. Dari jauh, kelihatan rumpun buluh meliuk lentok bagaikan tarian. Namun, bibir saya tetap tertutup rapat. Bibir abah juga. Resah mula menyelinap masuk ke dalam dada. Apakah yang mahu saya bicarakan?

“Fitri, abah nak cakap sikit,” abah melabuhkan punggung setibanya di dangau berhampiran sawah miliknya.

Saya hanya memandang abah dengan penuh pertanyaan.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *