Sebuah Cerita tentang Ruang

Oleh: Lokman Hakim

Aku tidak dapat berdiri betul. Aku tertunduk lalu berlutut. Darah tidak henti-henti membuak daripada perutku. Separuh daripada batang berus lukisan itu terbenam ke dalam perutku. Wanita itu tergamam dan mula menjerit ketakutan. Itik bulat pula lekas-lekas bergolek ke pinggir kolam, meloncat lalu berenang menjauh seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dipapah wanita itu yang kini pucat ketakutan, aku berasa damai. Kakiku terasa dingin. ‘Oh, kesakitan ini bukan sesuatu yang azali,’ beritahuku pada diri. Kalau benarlah ini sekadar cerita yang aku karang, bukankah aku berkemampuan mengubah takdir ini?

Wanita itu mula menepuk-nepuk pipiku. Aku tidak berfikir waras lagi.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *