Menghidupkan Perasaan Identiti Sepunya

Oleh: S.M. Zakir

Dalam cerpen “Pokok Kelapa Emak” oleh Nina Susana dan “Menjadi Gibran” oleh AK Kelana, persoalan kahwin lambat dalam kalangan teruna dara yang berusia diangkat menjadi subjek cerita. Persoalan ini menemukan titik untuk menghidupkan suatu perasaan identiti sepunya memandangkan ia merupakan persoalan yang dekat dengan masyarakat tempatan, sekali gus membiaskan isu tempatan yang dapat dikongsi perasaannya dengan pembaca. Isu umum dan bukan asing ini memberikan suatu bentuk perasaan identiti sepunya. Malah garapannya dalam teknik untuk menemukan perasaan identiti sepunya ini menemukannya pula dengan ciri-ciri arriere-garde.

Ulasan ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *