Melantun Kata dengan Seindah Bahasa

Oleh: Syuhada Salleh

Pada tahun itu juga, saya telah menerima Hadiah Penghargaan Kategori Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012 bagi cerpen “Deritanya Bukan Kepalang”. Ada juga beberapa buah cerpen saya yang terlibat dalam buku antologi. Saya turut menyertai Sayembara Menulis Sajak dan Cerpen PPK untuk Penulis Muda 2014 dan mendapat tempat kedua bagi cerpen yang berjudul “Nik Soh Wayang”. Karya yang seterusnya muncul di Mingguan Malaysia, iaitu melalui cerpen “Tertugu di Hati”, “Di Bawah Gwangju” dan “Utusan Riwayat Cinta”. Kecenderungan saya dalam bidang penulisan ini adalah dalam genre cerpen. Namun begitu, saya turut menghasilkan beberapa buah sajak meskipun tidak banyak. Beberapa buah sajak saya pernah disiarkan dalam Tunas Cipta (TC).

Ulasan ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *