Konsert Kemuncak Seni 2017

Oleh: Firdhaus Hassan

Selain itu, turut ditonjolkan watak pelajar yang kelihatan alim, tetapi tiba-tiba menari “raver” apabila terlalu panik melihat soalan peperiksaan. Babak ini secara sinis mengkritik manusia yang hipokrit, iaitu berpura-pura baik, tetapi mempunyai ciri peribadi yang berlainan apabila bersama-sama kelompok yang lain. Babak ini dipersembahkan secara sangat menarik kerana pemuzik yang terlibat, iaitu Mohd Izani Abdul Ghani dan Tan Cai Sin menggunakan perabot dan barang yang lazimnya terdapat dalam bilik darjah sebagai alat muzik.

Lagu Apa Jawapan No. 10? menggabungkan bunyi harmoni, yang terhasil oleh hentakan kerusi dan meja, ketukan pembaris dan kotak pensel, pukulan botol air plastik serta helaian buku yang diselak. Muzik yang dihasilkan benar-benar menarik perhatian penonton. Unsur kreativiti yang disuntik dalam segmen ini dikategorikan sebagai muzik konkrit, iaitu muzik yang dihasilkan secara semula jadi menggunakan bahan yang sedia ada.

Ulasan ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *