Janji Annisa Episod 6: Enam Jam

Oleh: Arifah Othman

“Apendisitis? Kenapakah tidak terus dibedah semalam?” soal Dr. Fares bertalu-talu.

Jururawat itu terdiam mendengar suara Dr. Fares yang kian meninggi.

“Pesakit ada muntah-muntah?” tanya Dr. Fares.

“Amal muntah beberapa kali sebentar tadi,” an-Nour mencelah.

Dr. Fares menghela nafas panjang dan berat. Aku tahu ada sesuatu yang serius tentang Amal.

“Dia perlu dibedah segera sebelum apendiksnya pecah. Nyawanya dalam bahaya!” keluh Dr. Fares.

“Pembedahan? Dalam keadaan hospital tiada elektrik begini?” aku bertanya spontan.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 8 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *