Lagu Rakyat Bukan Sekadar Hiburan

Oleh: Faizuddin Hashim

Nyanyian lagu rakyat merupakan salah satu warisan kebudayaan yang sudah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu. Sebagai salah satu bentuk kesenian yang juga berunsur kebudayaan, lagu rakyat menggambarkan tingkat peradaban masyarakat Melayu.

Dalam keseluruhan lagu rakyat Melayu, setiap satunya menyimpan khazanah pemikiran Melayu yang cukup bernilai. Lagu rakyat bukan sekadar sebuah lagu yang mempunyai lirik, melodi dan irama untuk dilagukan, tetapi merupakan estetika pemikiran meliputi semua aspek hidup dan kehidupan. Dalam lagu rakyat, terangkum aspek pemikiran yang mencakupi nasihat, nilai, ajaran, agama, sikap, pegangan hidup, ilmu, adat, budaya, kasih sayang, jenaka dan hiburan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *