Refleksi Pemikiran dalam Lagu Rakyat

Oleh: Nurhalwa Ziemah Mazlan

Lagu “Lompat Si Katak Lompat” ialah lagu rakyat yang ditujukan khas kepada kanak-kanak untuk mengasuh mereka supaya rajin menuntut ilmu pengetahuan. Penggunaan frasa “lompatlah tinggi-tinggi” pula mempunyai makna yang tersirat, iaitu golongan ini disarankan agar berusaha selagi mampu untuk mengejar cita-cita mereka. Pemikiran ini wujud apabila masyarakat Melayu mengambil iktibar daripada kejadian seekor katak yang perlu melompat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sekiranya katak tidak melompat, maka katak tidak dapat bergerak ke mana-mana. Sekiranya katak tidak melompat lebih tinggi, maka katak tidak dapat pergi lebih jauh. Pandangan dunia ini pula disamakan dengan kanak-kanak yang malas belajar hingga menyebabkan mereka gagal menerokai minat dan memajukan potensi diri sendiri. Oleh itu, pengajarannya ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan mencabar kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *