Cela dalam Sela

Oleh: Nurhafiz

Semua musibah yang melandanya awal pagi itu membuatkannya menitiskan air mata. Dia hampir gila kerana mengenangkan Hana yang  entah di mana-mana, Habib yang menjadi kera sumbang, isterinya yang mengikut lelaki lain, dan restorannya jahanam. Tidak lupa, hari jadinya, yang juga pada hari itu, 8 Oktober. Dia mencangkung di depan pintu bilik ibunya dan menangis selama beberapa minit sebelum mengejutkan emaknya bangun dari tidur untuk dibersihkan. Rupa-rupanya, emaknya masih berjaga. Cuma wajahnya berpaling ke arah lain. Mungkinkah emaknya mendengar permintaannya itu tadi? Latif buat-buat tidak tahu dan terus menjalankan tanggungjawabnya.

“Selamat hari lahir, Latif,” ujar emak lemah. Latif terkejut. Emak masih ingat rupa-rupanya. Latif tersenyum nipis dan mengucapkan terima kasih.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *