Kasih Sayang Pelengkap Keluarga
Oleh: Nor Shafikah Abdullah
…
Nazeeha yang terjebak dalam kancah maksiat dan Amirul yang dipenjarakan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebenarnya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang keluarga lantaran terperangkap dalam kemiskinan.
Umar, watak antagonis dalam novel ini mencemburui kasih sayang yang dicurahkan kepada Zafril. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Umar merupakan anak angkat. Namun begitu, pengarang bertindak bijak apabila menampilkan watak Zafril yang memaafkan Umar setelah mendengar pengakuan abangnya itu. Pengarang menunjukkan bahawa limpahan kasih sayang dalam diri seseorang boleh melenyapkan sebesar-besar dendam sekalipun.
…
Ulasan ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017