Kota Kotak Merah Lembayung

Oleh: Nadhirah Ghani

Sedang engkau bernyanyi kecil, mata yang engkau temui hari itu rupa-rupanya turut melakukan kerja di laman kotaknya. Mata itu sedang menyiram pokok bunga. Sekali-sekala mata itu menjeling. Engkau diam, cuba untuk tidak menghiraukan kewujudan mata itu.

“Hipokrit! Berlagak baik,” tiba-tiba mata itu bersuara.

Engkau cuba untuk tidak menghiraukan mata itu.

“Kalau jahat, jahat juga. Manakan benih rosak mampu menjadi baik,” mata itu menambah.

Engkau masih diam, cuba menahan satu-satunya rasa yang engkau tidak suka dari dahulu lagi.

Apabila mata itu melanjutkan kata-kata yang seterusnya, engkau sudah tidak dapat bertahan. Kata mata itu, dia tidak faham mengapa gadis berpurdah itu membawa engkau pulang ke kotaknya. Katanya lagi, gadis itu gila kerana membawa engkau pulang.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *