Kepentingan Titik Perkembangan Cerita

Oleh: S.M. Zakir

Titik perkembangan ceritanya dilihat berada pada babak dia mendapat tiga imej iaitu seekor itik bulat, seorang wanita berkebaya merah dan sebuah bingkai potret yang kosong. Dia kemudian menjalin imej ini menjadi sebuah cerita pendek. Di sinilah titik perkembangan cerita dalam cerpen ini, serentak berlaku perubahan psikologi dia yang masuk menemui pelbagai watak yang ditulisnya dalam cerpen itu. Dia pada mulanya berada dalam mod sedar sebelum menulis cerpen setelah mendapat imej-imej itu, kemudian memasuki mod bawah sedar ketika menulis cerpen ini boleh dikatakan sebagai berlakunya perubahan psikologi serentak dengan munculnya titik perkembangan cerita.

Cerpen ini menimbulkan persoalan logik atau kemunasabahan yang berbeza antara dunia nyata dengan fiksyen. Dia menyebut tentang jarak antara makna dengan gumpalan kata. Menarik juga jika dihubungkan persoalan ini dengan konsep “jarak psika” yang dikemukakan oleh Edward  Bullough. Jarak psika menuntut seseorang menjarakkan (memisahkan) sesuatu fenomena atau sesuatu objek daripada dirinya ketika menikmati sesuatu karya seni.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *