Tunas yang Terlewat

Oleh: Syafiq Ghazali

Pada tahun berikutnya, saya kurang menulis kerana desakan kerja. Namun begitu, saya sempat menyiapkan sebuah kumpulan cerita pendek yang berjudul Debu Bidadari yang diterbitkan oleh Roman Buku, seliaan seorang penulis antarabangsa, Sufian Abas.

Debu Bidadari yang memuatkan 12 buah cerita pendek, merupakan keterbalikan daripada Bahagia di dalam Balang Kaca. Melalui Debu Bidadari, saya menyisihkan, walau tidak sepenuhnya, perkataan “magis” daripada cerita saya. Yang saya mahu ketengahkan ialah realiti tempat tinggal saya, iaitu Kota Bharu. Sudah tentulah realitinya dilebih-lebihkan kerana memang begitu sifat fiksyen, tetapi Debu Bidadari tetap berjejak. Biarpun digelar Serambi Mekah, Kota Bharu turut menyimpan cerita gelap, gelisah dan dilema yang mendesak-desak daripada warga kotanya yang kurang kita dengar sebelum ini.   

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 9 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *