Travelog Sebuah Karya Sastera?

Oleh: Ahmad Fouad Abd Mubin

Meskipun travelog suatu kisah perjalanan dari titik A hingga Z, tidak semestinya penulis harus kekal dengan kronologi satu hala. Penulis boleh memilih pelbagai jenis teknik dan lebih fleksibel dari segi penceritaan, perkembangan watak, mengambil kira konsep konflik dan penyelesaian supaya dapat menarik pembaca untuk menghayati cerita yang ingin disampaikan. Kebiasaannya, penulis yang menggunakan tema travelog dalam penulisan sastera terdiri daripada penulis muda yang belum berpengalaman luas dalam penulisan sastera. Oleh itu, karya mereka belum mencapai tahap karya sastera yang baik. Namun begitu, penulis tetap perlu berusaha menjayakan objektif mereka untuk menghidupkan travelog dalam karya sastera dengan baik.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 10 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *