Travelog Hasil Kembara Penulis

Oleh: Ahmad Fouad Abd Mubin

Jika pada abad awal, fakta tentang sesuatu masyarakat, tempat dan peristiwa amat dipentingkan, kini isu sosial dan psikologikal lebih diketengahkan. Karya travelog pada abad ini bukan sahaja memberikan deskripsi tentang pengembaraan lahiriah penulis, tetapi melibatkan insaniah penulis. Contohnya karya A. Samad Said, iaitu Warkah Eropah (1991) memuatkan catatan perjalanan asal beliau ketika di Paris, London dan Manchester yang ditulisnya dalam bentuk warkah kepada keluarganya. Pengalaman yang berlatarbelakangkan luar negara ditulis dengan begitu kreatif dan berkesan. Penggunaan unsur monolog atau intermonolog dalam travelog ini juga berjaya meninggalkan kesan kepada pembaca kerana mereka berasa seolah-olah dibawa ke dalam pengembaraan penulisnya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 10 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *