Nenek Kebayan Dipandang Serong

Oleh: Nur Syuhadaa Bukhari

Di samping itu, unsur hitam watak nenek kebayan turut terzahir dalam filem yang bergenre seram. Watak nenek kebayan yang dilakarkan seram telah merenjat emosi untuk menafikan nenek kebayan juga mempunyai perwatakan yang baik dan dapat dicontohi. Filem Congkak arahan Ahmad Idham ialah filem bergenre seram dan dinasihatkan agar tidak ditonton oleh kanak-kanak. Namun begitu, larangan keras itu tidak cukup untuk memastikan filem tersebut tidak ditonton oleh kanak-kanak. Utusan Online yang bertarikh 7 April 2008 ada menyatakan bahawa filem itu dikatakan cukup menyeramkan dan mampu membuat penonton menjerit ketakutan di dalam panggung. Frasa “menyeramkan” dan “menjerit ketakutan” menunjukkan bahawa pengaruh watak yang jahat itu masih merujuk watak nenek kebayan. Hal ini jelas memperlihatkan nenek kebayan ditonjolkan dari sudut yang menyeramkan dan telah menguasai ketakutan penonton, lebih-lebih lagi penonton cilik.

Fenomena itu menyebabkan kanak-kanak mempercayai bahawa nenek kebayan ialah karakter jahat dan harus dijauhi. Pemikiran sebegini tidak sihat kerana stigma negatif terhadap watak pipih nenek kebayan yang sememangnya mempunyai bukti kukuh dalam usaha membawa unsur positif dinyahkan tanpa sempat watak itu dimurnikan dalam pemikiran kanak-kanak.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *